Monday, August 22, 2011

10g RM2020 Vs Wawasan 2020


Assalamu'alaikum tetamu setia,

Tarikh Keramat 2020 telah menjelma di Public Gold dan memberi gambar yang positif kepada pencita emas. 10g kini bernilai RM2,020 bersamaan Tahun Wawasn Negara 2020. Unik bukan? itulah Emas Public Gold... "Dulu" kami sempat membeli emas 10g RM1691.00... "sekarang" kami mampu tersenyum melihat perkembangan semasa Emas. Dalam masa yang sama, kami rungsi dan gelisah melihat kawan-kawan kita yang masih belum berminat dengan emas.. Dunia mula mengumpul emas kerana mereka yakin emas adalah aset yang tidak dapat dimanipulasi oleh sesiapa dan Emas terus meluncurkan harganya dengan rasa bangga sebagai "Aset Dunia".... Kepada rakan dan taulan yang berminat dan ingin berminat atau tidak tahu "how to be Peminat Emas".... hubungi saya ditalian 016-6687579. Insya Allah, saya akam membantu anda....

Monday, August 15, 2011

Hukum Lock Harga, Tangguh dan Wang Kertas

Soalan:
Apa hukum lock harga?
Apa hukum jual beli emas bertangguh (tidak dalam satu majlis aqad – hand by hand)?
Apa hukum wang kertas? Sama hukumnya seperti emas?


Jawapan:

Dalam rukun jual-beli, terdapat 5 rukun asas iaitu:
Penjual
Pembeli
Aqad jual-beli
Barang yang dijual
Harga barang yang dijual


Istilah lock harga sebenarnya termasuk dalam rukun yang ke-3 iaitu aqad jual-beli. Hukumnya SAH kerana ia adalah salah satu elemen untuk melengkapkan urusan jual-beli.
Semasa lock harga, kita telah menentukan barang apa yang hendak dibeli dan ditetapkan berapa harga barang tersebut, ditentukan siapa pembeli dan penjualnya.

Disebabkan faktor jarak dan faktor keselamatan transaksi yang melibatkan jumlah wang yang banyak, maka Majma’ Fiqh Dauli (Majlis Fiqah Antarabangsa) yang bermesyuarat di Makkah telah menetapkan masa untuk membayar harga barang belian mestilah tidak melebihi 3 hari bagi mengelakkan unsur riba’ berlaku. Ini menjawab soalan ke-2; hukum tak diberikan emas dan duit hand by hand.
Soalan ke-3, hukum penggunaan wang kertas adalah sama dengan emas yang menjadi barang ribawi sekiranya tidak digunakan dengan kadar dan cara jual beli yang menepati syara’, berdasarkan hadis dari Abdullah bin As-Shamit :

“Emas adalah ditukar (dijual) dengan emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma, garam untuk garam, sama jenis antara keduanya dan tunai dengan tunai. Dan sekiranya berbeza antara salah satu jenis barang tersebut, maka berjual belilah seperti mana yang kamu kehendaki selagi mana ianya secara tunai.”

Semoga membantu dalam memahami hukum jual-beli emas menurut syara’.
Wallahu a’lam.

sumber :http://www.barakahemas999.com

Pengenalan & Konsep Pelaburan




Public Fine Gold International Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 23 Mei 2008 adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual & membeli Emas dan Perak bagi tujuan pelaburan disamping mereka juga ada menjual produk barangan kemas bagi mempelbagaikan variasi keluarannya. Public Gold telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record sebagai syarikat tempatan pertama di Malaysia yang menghasilkan Emas & Perak bagi tujuan Pelaburan. Kini, hanya dalam masa kira-kira 3 tahun sahaja, pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah berjaya dirangkul oleh Public Gold, diantaranya Malaysia Bussines Award, APEA Award, KWYP Award dan ARIFF Award.
Justeru, peranan Public Gold pada hari ini mempunyai fungsi yang sama sebagaimana kedai2 menjual emas yang lain seperti Poh Kong, Habib Jewels, Tomei dll, cuma perbezaannya adalah Public Gold memfokuskan jualan Emas untuk tujuan pelaburan dan kedai2 emas yang ada di pasaran lebih memfokuskan jualan emas untuk tujuan perhiasan.

PERBEZAAN EMAS PELABURAN DAN HIASAN

Produk Emas yang dijual adalah berbentuk Bar dan ianya bermula dengan berat 10g, 20g, 50g, 100g & 250g. Manakala Dinar pula dijual dalam variasi 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar dan Perak pula dijual bermula dengan berat 250g, 500g dan 1000g (1kg). Senarai produk Bar, Dinar dan Silver boleh dilihat Disini, dan senarai produk barangan kemas boleh dilihat Disini.

Emas untuk tujuan pelaburan mempunyai kadar Spread (susut nilai) yang jauh lebih rendah berbanding Emas Perhiasan. Sebagai contoh Emas yang dijual oleh Public Gold hanya dikenakan Spread sekitar 4%-8% bergantung kepada beratnya, semakin berat Emas nya maka semakin rendah Spread yang dikenakan dan sebaliknya. Manakala kadar Spread Emas perhiasan pula amat tinggi iaitu sekitar 25%-30%. Kadar Spread yang tinggi akan menyebabkan pulangan yang bakal diraih dari kenaikan semasa harga emas menjadi rendah.
Sebagai contoh pada tahun lalu kenaikan harga Emas adalah sebanyak 28%. Jika saya membeli Emas 100g (Spread 4.5%) yang dijual Oleh Public Gold dan menjualnya semula pada awal tahun ini, keuntungan saya ialah 28% (Kenaikan Emas) – 4.5% (Spread) = 23.5%.
Berbanding jika saya membeli 100g Emas yang dijual oleh kedai emas dengan Spread 25%, pulangannya hanya sekitar 28% (Kenaikan Emas) – 25% (Spread) = 3%.
Selain itu, Emas bagi tujuan Pelaburan juga lebih menitikberatkan aspek kandungan ketulenan Emas dan Beratnya, berbanding Emas perhiasan lebih menitikberatkan aspek Rekabentuk dan Kehalusan Senireka dan seringkali berlaku situasi dimana Emas perhiasan yang dijual dengan harga Emas berketulenan 916, sebaliknya ketulenan sebenar hanya sekitar 835 dan 750 sahaja.

PERBEZAAN HARGA PUBLIC GOLD & KEDAI EMAS



Harga Jualan dan Belian semua jenis produk Public Gold samaada Emas berbentuk Bar, Dinar, Silver dan Jewellery adalah berpandukan kepada harga semasa Emas di pasaran antarabangsa yang berubah setiap saat, 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Justeru, harga Jualan dan Belian Public Gold juga sentiasa berubah setiap 20 minit sekali.

Harga semasa Jualan dan Belian boleh dilihat pada bahagian kiri dan kanan blog ini atau Disini. PG SELL bermakna harga semasa Jualan dan PG BUY bermakna harga semasa belian semula. Tiada sebarang kos Upah yang dikenakan, cuma sekiranya produk yang dibeli diambil di cawangan selain di Ibu Pejabat di Pulau Pinang, maka Kos Penghantaran akan dikenakan untuk Emas Bar 999.9, Silver dan Jewellery sekitar RM10 hingga RM50 bergantung kepada berat emas tersebut.. Manakala tiada sebarang kos penghantaran yang dikenakan untuk Emas berbentuk Dinar.



Harga Jualan Emas Di Kedai Emas

Berbanding harga Emas yang dijual di kedai Emas, mereka akan menjual berpandukan harga semasa yang ditetapkan oleh Federation Of Goldsmiths And Jewellers Association Of Malaysia (FGJAM), dimana harganya akan ditetapkan pada satu kadar yang lebih tinggi berbanding harga semasa dan diguna pakai pada satu tempoh yang tertentu. Sebagai contoh, walaupun harga semasa Emas di pasaran Antarabangsa pada hari itu mengalami penurunan, namun harga yang dijual oleh mereka tetap sama dan tidak diturunkan. Selain itu, pelanggan juga dikenakan kos tambahan iaitu kos Upah untuk setiap gram Emas yang dibeli, dan ini membuatkan pelanggan terpaksa membayar harga Emas tersebut dengan harga yang lebih tinggi berbanding harga sebenar.

STRATEGI PEMASARAN

Disebabkan harga jualannya yang kompetitif, maka Public Gold merangka strategi pemasarannya dengan bijak bagi meminimakan kos operasi dan memaksimakan keuntungan. Bagi meminimakan kos operasi, Public Gold tidak menjual produknya dengan cara membuka Kedai-Kedai Jualan (Retail Outlet) sebagaimana Kedai Emas yang lain, sebaliknya mereka menawarkan peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Dealer / Ejen dengan hanya membeli produk mereka melebihi RM20,000.00 dalam satu belian.
Sebagai Dealer / Ejen, mereka akan dibayar komisyen bukan sahaja setiap kali mereka membeli produk Public Gold, bahkan apabila mereka menjualnya semula juga akan dibayar komisyen. Jumlah komisyen yang di bayar kepada Dealer / Ejen adalah jauh lebih rendah berbanding kos operasi yang terpaksa dibelanjakan sekiranya syarikat menyewa kedai-kedai untuk jualan produk.
Untuk mendaftar sebagai Dealer / Ejen, boleh menghubungi terus ke 016-6687579 (jamal)

PULANGAN PELABURAN

Pulangan dari pelaburan Emas dan Perak adalah berdasarkan dari Kenaikan Nilainya (Capital Gain), dan kenaikan dalam tempoh tahunan diambil kira bagi memudahkan penilaian prestasi pulangannya. Purata kenaikan harga Emas adalah sekitar 25% – 35% setiap tahun, dan dalam tempoh 10 tahun bermula pada tahun 2001 sehingga kini kenaikannya telah mencecah hampir 500%. Bermakna, jika anda membeli Emas sebanyak RM10,000.00 pada tahun 2001 dan menjualnya pada hari ini, anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM500,000.00. Rujuk carta kenaikan seperti di bawah.


Manakala pulangan dari kenaikan harga semasa Silver pula, ianya adalah 2 – 3 kali ganda lebih tinggi berbanding kenaikan semasa harga Emas disebabkan permintaan ke atas Silver adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding permintaan ke atas Emas. Hampir kesemua permintaan ke atas Silver adalah bertujuan untuk menampung permintaan daripada Industri Global yang mana ianya merupakan bahan utama bagi pembuatan peralatan Elektronik, tambahan pula tiada lagi lombong Silver yang ditemui ketika ini, lalu menjadikan sumber penawaran yang sedia ada hanyalah dari sumber yang di kitar semula.
Fenomena ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan diantara Penawaran dan Permintaan dan menyokong kepada ledakan harga semasa dalam pasaran. Berbanding Emas, 90% permintaan ke atasnya adalah untuk pembuatan Barang Kemas (Jewellery) dan ini menyokong kepada kestabilan harganya, manakala hanya 10% sahaja yang digunakan untuk tujuan pelaburan yang terlibat dengan spekulasi turun naik harga di pasaran semasa Antarabangsa.
Dari tahun 2001 sehingga kini, kenaikan harga Silver telah mencecah sehingga 1200% dengan kenaikan purata tahunan sekitar 50% – 80%. Bermakna, jika anda membeli Silver sebanyak RM10,000.00 pada tahun 2001 dan menjualnya pada hari ini, anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM 1.2 Juta. Rujuk Carta di bawah ini.


RISIKO PELABURAN

Emas dan Perak adalah dikategorikan sebagai Aset, sama seperti Tanah, Rumah dll,dan sebaik sahaja anda membeli sejumlah Emas dan Perak untuk tujuan pelaburan, bermakna anda telah membuat pelaburan dalam bentuk Aset. Sifat Aset adalah sesuatu yang sumber penawarannya amat terhad manakala permintaan keatasnya pula amat tinggi dan sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Ketidakseimbangan ini menjadikan Nilai / Harganya akan terus menerus meningkat dari masa ke semasa tanpa perlu bimbang kewujudan risiko yang berkemungkinan menjadikan harganya Jatuh mendadak sehingga menjadikannya Tidak Bernilai.
Ianya amat berbeza dalam pelaburan berbentuk Saham ataupun pelaburan ke atas perniagaan di mana harga Saham boleh Naik dan Turun sehingga menjadikannya langsung tidak bernilai pada bila-bila masa sahaja, dan juga pelaburan ke atas perniagaan dimana ianya lebih terdedah kepada faktor Untung dan Rugi yang disebabkan oleh faktor semasa pasaran, peningkatan kos operasi yang melampau dan pelbagai lagi faktor2 yang terlibat.

Justeru, pelaburan ke atas Aset adalah satu bentuk pelaburan yang Unggul dengan faktor risiko kerugian yang amat minima, menjadikan nisbah Keuntungannya lebih besar berbanding nisbah Kerugiannya.

sumber : http://www.barakahemas999.com

Thursday, May 12, 2011

SIAPA KATA MUSTAHIL BELI RUMAH SECARA TUNAI

sumber : http://tempahdisini.blogspot.com

Ramai orang beranggapan membeli rumah yg bernilai ratusan ribu adalah mustahil dapat dilakukan oleh kebanyakan orang secara tunai. Tak dinafikan ada yang betul-betul kaya mampu beli rumah secara tunai, namun bagaimana yg kurang kaya dan tak berapa kaya ni macam kita ni.. dah tentu tak mampu nak beli rumah secara tunai. Hari ini saya akan pecahkan kepercayaan kolot dalam minda anda yg tertanam sekian lama dan saya akan dedahkan rahsia macamana nak beli rumah (atau kereta idaman) secara CASH!!
Langkah pertama yang anda harus buat adalah simpan wang. Ye la tak simpan wang macamana nak beli rumah ye tak? Tapi berapa lama nak kena simpan wang baru dapat beli rumah cash..Dan andaikata kita dapat simpan RM200k dalam masa 20 tahun, rumah bernilai RM200k pada masa sekarang mungkin dah jadi RM300k atau RM400k…Ye betul, itulah yang akan berlaku jika anda menyimpan “kertas”. Apa yang saya maksudkan sebagai wang adalah dinar emas atau dirham perak, yakni wang yang terdapat perkataannya di dalam al quran dan juga hadis. Inilah wang yang sebenarnya, wang yang dipakai sejak ribuan tahun, bukannya seperti yang berada dalam dompet anda sekarang..
Ok, panjang cerita kalau nak cerita pasal sejarah wang kertas dan penipuannya ni, saya short cut straight to the point macamana nak beli rumah secara tunai. Yang pertama sekali anda perhatikan graf dibawah.
Rajah 1 : Graf harga emas sepanjang 15 tahun lepas
Graf di atas menunjukkan harga emas sebenar sepanjang 15 tahun lepas dalam nilai USD. Kalau kita perhatikan terdapat penurunan tak ketara pada tahun 1996 hingga 2001. Bermula 2002 ia mula meningkat secara perlahan dan terus melonjak hingga ke paras tertinggi pada tahun 2010. Kalau kita kaji kita akan dapat jawapan kepada kenaikan dan penurunan harga emas ni tapi saya tak nak cerita kat sini takut jadi terlampau panjang. Ok, nak senang cerita kita ambil purata harga harga emas sepanjang 15 tahun tersebut. Seperti yg ditunjukkan dalam graf kenaikan sejak 1996 – 2010 adalah 249.6% atau bersamaan 249.6/15 = 16.6% setahun. Menggunakan angka 16.6% ini kita akan buat sikit analisa. Lihat jadual di bawah.
Ok..saya mulakan dengan tahun 2010 (tahun teks ditulis), harga 1 dinar adalah antara RM550 hingga RM650, nak senang kira kita ambik purata harga emas pada tahun pertama adalah RM600. Pada tahun kedua ia mula meningkat kepada 16.6% (angka yg didapati drp analisa harga emas dunia sepanjang 15 tahun), maka harga 1 dinar bersamaan RM700. Pada tahun ketiga ia meningkat lagi 16.6% hinggalah 15 tahun akan datang harga 1 dinar bersamaan RM5151.
Kembali kepada persoalan kita, bagaimana nak beli rumah secara CASH? Saya bahagikan tempoh 15 tahun kepada 3 bahagian. Ini kerana saya akan pecahkan kepada 3 kaedah pelaburan. Pada 5 tahun pertama anda beli dan simpan 1 dinar sebulan. Pada 5 tahun kedua anda simpan setengah dinar sebulan dan 5 tahun terakhir anda beli dan simpan suku dinar sebulan. Kenapa saya pecahkan kepada 3 bahagian macam ni? Kerana saya beranggapan harga emas 5 tahun akan datang sudah terlalu tinggi untuk anda beli 1 dinar, maka beli ½ dinar pun memadai. Begitu juga pada 5 tahun terakhir, saya anggapkan kenaikan gaji anda tak sehebat kenaikan harga emas maka anda hanya mampu beli suku dinar jer sebulan. So logik kan??
Katalah 15 tahun dah berlalu, apa yang berlaku pada dinar-dinar tuan puan sekalian. Kalau tuan puan jumlahkan dinar anda pada 15 tahun akan datang maka jumlahnya adalah 105 keping atau nilaiannya dalam RM adalah RM162,287.00. Jangan lupa setiap satu dinar yang anda kumpulkan sejak 15 tahun lalu juga meningkat harganya 16.6%. Jadi untuk 12 keping dinar yg anda kumpul pada tahun pertama, keuntungan yang anda perolehi dalam masa 15 tahun adalah RM17,928.00. Begitu juga dinar-dinar yang anda simpan pada tahun kedua dan seterusnya. Jadi dalam masa 15 tahun dinar anda telah membuat keuntungan sebanyak RM200,619.74. Maka berapa nilai RM anda ketika itu… jawapannya RM17,928.00 + RM200,619.4 = RM362,906.74.
Nah, anda boleh nampak sekarang?? Dengan membuat pelaburan dinar bernilai serendah RM600 sebulan (sekarang) atau maksimum RM1198 (15 tahun akan datang), maka pada masa tersebut anda mampu membeli sebuah rumah banglo CASH.. bernilai lebih suku juta. Mungkin anda berkata “ahh..suku juta 15 tahun akan datang mana sama dengan suku juta sekarang..” yer betul. Harga rumah meningkat tiap tahun, tapi andai kata kita ambik worst case scenario dimana harga rumah telah meningkat 100%, anda masih lagi mampu membeli rumah berharga lebih RM150k nilaian sekarang. Dapat anda bayangkan rumah bernilai berharga sedemikian pada masa sekarang? Ok sekarang mari kita buat perbandingan jika anda membeli rumah berharga RM150k pada masa sekarang melalui skim yang “Islamic” (kununnya). Merujuk kepada Loan Payment Calculator.xls kita akan dapati seperti berikut;
Jumlah pinjaman =RM150,000
Interest rate / riba = 6% setahun
Tempoh pinjaman = 30 tahun
Bayaran bulanan = RM900
Total Interest / riba = RM173,757
Total Dibayar = RM323,757
* Tidak termasuk kos guaman, pendahuluan & lain-lain fee
Daripada fakta tersebut mari kita buat sedikit perbandingan
Daripada jadual simple di atas, apa yang anda fikirkan. Ya, sudah tentulah membeli rumah secara pelaburan dinar adalah jauh lebih menguntungkan. Dan anda bertanya lagi…dalam masa 15 tahun tu nak duduk kat mana? Kena menyewa jugak..ok, sekarang kita kira berapa kos untuk menyewa dalam tempoh 15 tahun. Katalah saya bahagikan juga jumlah sewa kepada 3 peringkat. Saya ambil kos untuk menyewa pada 5 tahun pertama adalah RM300, 5 tahun kedua sebanyak RM600 dan RM1200 pada 5 tahun terakhir. Maka jumlah sewa anda selama 15 tahun adalah RM126,000. Sekarang kita tolak kos ini dari simpanan dinar kita, maka hasil bersih = RM352,906 – RM126,000 =RM226,906. Masih satu jumlah yang masih tinggi bukan?
Kemudian anda bertanya lagi (amboi banyak betul persoalannya)…” mana dapat sewa RM300 kat KL sekarang ni.” Maka jawapan saya kalau gaji anda RM1000 sebulan saya nasihatkan anda balik kampong je, tak payah duk KL. Jika gaji anda RM3000 ke atas saya rasa anda tak bermasalah nak bayar sewa RM500 – RM600 sebulan, malah mungkin anda mampu simpan 2 dinar sebulan… Kalau gaji anda kurang RM2000 saya pun tak fikir bank akan luluskan permohonan anda nak beli rumah bernilai RM150,000 betul tak?
Ok, ada apa2 soalan anda yang belum terjawab. Kalau dah, izinkan saya balik kepada graf harga emas kat atas tadi. Perkiraan kita sebentar tadi adalah berdasarkan fakta sebenar pergerakan emas dunia selama 15 tahun yang lepas. Kalau anda perhatikan 5 tahun terakhir adalah tempoh harga emas melonjak dan melompat-lompat kegirangan. Oleh yang demikian secara peribadi saya katakan harga emas akan datang jauh lebih tinggi dan tinggi dan terus meninggi hingga ke tahap infinity.. jika dipuratakan selama 15 tahun akan datang mungkin lebih dari 16.6% kenaikan setahun, boleh jadi 20%, boleh jadi 25%, mungkin juga boleh jadi 40%. Untuk lebih jelas kita tengok satu lagi analisa.
Kat bawah ni saya tunjuk satu lagi contoh pergerakan harga emas dunia.
Rajah 2 : Graf harga emas sepanjang 5 tahun lepas
Kalau kita analisa graf di atas harga emas mengunjur pada 183.05% selama 5 tahun atau 183.05/5 = 36.6% setahun. Woww…tinggi tu. Cuba bagitau saya apa jenis pelaburan yang dapat bagi keuntungan sehingga 36.6% setahun..yillek maa..nehi hey…takdak!! Kecuali emas…Jadi bayangkan jika trend ini berterusan 15 tahun akan datang rumah jenis apa yang mampu anda beli?? Saya biarkan anda buat pengiraan sendiri…Satu lagi contoh mudah, Dinar Kelantan pada awal pelancarannya pada bulan puasa tahun 2006 adalah pada RM332.25 sedinar, tapi pada hari ini (10.10.10) harga 1 dinar adalah …
Rajah 3 : Harga Dinar Kelantan pada 10.10.2010
Jadi semakin awal anda mengumpul emas, semakin bertambah peluang anda untuk membeli rumah idaman anda..betul tak??
Timbul pulak persoalan, kenapa harga emas terus meningkat?? Ingin saya bagitahu anda bahawa
harga emas tak pernah meningkat, tapi stabil sejak ribuan tahun dahulu. Apa yang sebenarnya berlaku adalah duit kertas terus menyusut nilainya dari tahun ke tahun dan akan terus menyusut lagi dan lagi dan lagi hingga wang kertas langsung tak bernilai. Biar saya buktikan.. Pada zaman nabi Muhammad saw harga seekor kambing adalah 1 dinar (4.25gram emas 916). Selepas 1400 tahun 1 dinar masih lagi mampu mengekalkan kuasa belinya kerana RM600 sekarang masih boleh membeli seekor kambing yang banyak dagingnya.
Berbeza dengan wang kertas, pada 20 tahun dulu rata-rata mak bapak bagi 20sen 30sen belanja anak-anak pergi sekolah. Kalau zaman sekarang rata-rata mak bapak bagi RM2, RM3 kepada anak-anak, kerana 30 sen tak mampu nak beli seketul kuih pun. Itu baru 20 tahun, agak-agak berapa harga seketul kuih 1400 tahun akan datang… Kemana nilainya pergi?? Jawapannya nilainya telah menyusut..Kenapa menyusut?? Jawapannya… anda kena cari sendiri jawapannya, berlambak artikel & video dalam internet yang menceritakan perihal wang kertas. Matawang USD hingga kini telah menyusut 94% sejak kali pertama ia dikeluarkan. Jadi secara peribadi sebenarnya saya tak jangkakan ia mengambil masa sehingga 15 tahun untuk menyusut kepada 100%..Faham maksud saya?? Kalau faham bagus, kalau tak faham tanya kepada yang faham.
Ok last question…apakah ada kemungkinan harga emas akan jatuh merudum pada masa akan datang?? Saya katakana pada anda ia takkan jadi sebegitu. Ini kerana semakin maju dunia permintaan terhadap emas makin bertambah. Setiap telefon bimbit dalam poket kita terdapat emas bernilai sekitar USD0.50. setiap chip computer terdapa emas di dalamnya, malah tahukah anda untuk telefon bimbit sahaja sebanyak 40,000 kg emas dibuang begitu sahaja setiap tahun kerana kos untuk kitar semula adalah terlalu tinggi…Maka saya katakan harga emas takkan jatuh bahkan akan terus melonjak hingga ke tahap seguni USD tak mampu membeli sedinar emas…
Ok..kita dah pergi 15 tahun ke belakang, kita dahpun pergi 15 tahun akan datang, sekarang mari kita pergi setelah kita betul-betul “pergi” tak kembali. Saya ingin memetik beberapa hadis dan ayat Al-Quran dan biarlah tuan puan yang menentukan sahih ke tak sahih hadis ni, betul ke tak betul hadis ni dan tuan puan pikirlah sendiri sebab saya ni orang jahil tak pandai sangat nak ulas pasal agama.
Hadith Nabi Muhammad S.A.W:> Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :, Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)
Allah SWT dan Rasulullah SAW mengistiharkan peperangan ke atas orang mengambil riba, membayar riba, penulis riba dan saksi kepada perjanjian riba. Ibadah mereka tidak diterima dan mereka kekal di dalam neraka selama-lamanya.
Maksudnya: “..Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari Allah dan RasulNya…”; al-Quran: al-Baqarah:279
“…Riba itu mempunyai 73 jenis; sedangkan yang paling ringan adalah seperti seseorang yang bersetubuh dengan ibunya…” (HR Ibnu Majah dan Al-Hakim)
“…Satu dirham (RM16) yang diperoleh seseorang dari hasil riba lebih besar dosanya 36 kali daripada perbuatan zina dalam Islam…” (HR al-Baihaqi)
Jabir r.a. meriwayatkan: “..Rasulullah melaknat pemakan riba, pemberi riba, penulis dan kedua saksinya… Mereka itu adalah sama…”; (HR Muslim)
Saya rasa cukuplah setakat itu sahaja, apa yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari saya sendiri. Moga artikel ini dapat memberi sedikit cetusan dalam minda kita bahawa tak mustahil untuk membeli rumah (ataupun kereta) secara tunai, dan seterusnya menjauhi riba yang amat besar dosanya (tapi tak pernah nampak atau dinampakkan).
Bacaan lanjutan..

Sunday, May 8, 2011

Di Mana Emas Boleh Di Simpan?


Assalamu'alaikum Peminat duniaemas,

Alhamdulillah saya sempat berada di Lapangan Terbang Kuala Terengganu atas urusan kerja. Teringat perbincangan saya bersama rakan-rakan tentang emas. sepanjang isu berkaitan emas, perkara yang sering menjadi persoalan adalah bagaimana cara nak simpan emas? Jawapan mudah saya, dimana anda simpan cincin perkahwinan anda? atau dimana anda simpan dokumen penting anda? atau dimana anda simpan barang bernilai anda? atau dimana anda simpan hadiah istimewa pemberian kekasih yang menjadi idola anda?.. semua jawapannya mungkin tak mengena lagi...

saya bagi jawapan lain yang mungkin dapat memberi keyakinan kepada anda untuk bersama-sama dengan saya dalam duniaemas. Premis sekuriti ada menyediakan simpanan yang mudah dengan kadar yang berpatutan. Di sini saya senaraikan lokasi yang boleh dijadikan pilihan :
1. Public Gold  Safe (http://www.publicsafe.com.my/)
2. Maybank pun ada
3. Ar- Rahnu Agrobank
4. Bank Rakyat pun ada

Kalau anda bertanya pada saya, saya akan jawab pilihan adalah Ar-Rahnu Agrobank sebagai tempat yang selamat dan sangat mengkagumkan. Bukan saja boleh simpan emas tapi boleh juga kita gadaikan emas untuk pelaburan seterusnya. stakat ini, Ar-Rahnu Agrobank sahaja yang menerima emas bar. Bank Rakyat boleh terima barang perhiasan sahaja.

Saya amat berterima kasih pada anda kalau kita dapat berkongsi cerita tentang duniaemas. Dan sangat gembira kalau anda join Rangkaian Duniaemas999 kerana kita akan bersama-sama mencorak masa depan kita. Hubungi saya di 0166687579 (jamal)

Friday, May 6, 2011

BAGAIMANA EMAS MEMPENGARUHI SAYA?


Assalamu'alaikum pengunjung setia,

Perkembangan semasa emas dunia semasa mengeutkan para peminat emas. Ada yang bertanya " Emas sepatutnya tidak akan turun", "Emas boleh turun kah?", " dulu kata emas tak akan turun, dah sekarang apa cerita?"... persoalan demi persoalan ditaburkan untuk melepasan rasa geram pada pemberi maklumat tak "clear"....

duniaemas999 teringin nak share experience berkaitan emas.. apa yang saya lakukan dan bagaimana cara untuk memahami nature emas.

1. Mencari maklumat di Internet
Pengalaman yang sukar untuk diajar tapi mudah untuk dikongsi. Sejak saya membenamkan diri dalam duniaemas, internet mejadi sumber pencarian makumat. So, para peminat dunia emas, rajin-rajin mencari maklumat di layar terbuka untuk meningkatkan kefahaman dan analisa informasi agar keyakinan terhadap tindakan semakin dinamik dan mntap. Antara sumber yang boleh di kongsi dalam ruangan terhad ini  :
     1. maklumat dalam Zaharuddin.net
     2. jutawanemas syukor hashim
     3. livechart untuk mendapat maklumat graf semasa.. siap bleh lihat emas 10tahun dll
     4. kitco.. dalam  public gold pun ada graf semasa kitco... technical/historical chart pn bleh kita dapat..
     5. barakahemas999 pun sangat menarik untuk dilayari....
     6. dan cari sebanyak maklumat yang diperlukan..

2. Perkongsian maklumat dengan rakan ( Sembang santai)
Ini amat menarik... sebab apa? sebab dengan sembang santai dan rasa ingin "educate" rakan akan meningkatkan networking serta rakan "secerita".. kawan-kawan pn dah kenal... sekarang ni macam dah lekat antara "jamal dan emas"... it's ok sebab maksud nak beli emas, lebih pada ingin tahu maklumat semasa emas... Elak paksa kawan-kawan  beli emas tapi educate kawan memahami emas sebelum join duniaemas..

3. Sumber "Emas vs Islam"....

saya just nak bgi tau istilah ni bermaksud dengan kaitan emas dan Islam... anda akan dapat maklumat fundamental yang menguatkan keyakinan peranan emas... booster ini WAJIB dihadam. Pengalaman diri, dengan menerjunkan diri dlam duniaemas... penghayatan Islam vs emas mudah untuk difahami sambil praktikal lebih berkesan. Especially, dalam bab ar rahnu islam... apa yang boleh digambarkan keindahan islam terserlah dan Islam "memang" sumber cahaya kehidupan...... lastly, for my refreshment... HAYATI EMAS BERSAMA ISLAM... insya allah keyakinan berurusniaga duniaemas amat menceriakan sambil berlari dengan sapa udara Islam menyelimuti diri".... INDAHNYA ISLAM TERSERLAH

So, saya sangat bertuah  sekiranya anda mengubungi saya untuk berkongsi maklumat dan menyertai RANGKAIAN DUNIAEMAS999. Saya akan membimbing kalian agar kita bersama seiringan berlari bersama Islam dan Emas...

Tuesday, May 3, 2011

Hari ini emas 999 10gram diperkenalkan oleh public gold


Assalamu'alaikum tetamu duniaemas999,

duniaemas999 hari ini dengan rasa gembira memaparkan perkembangan terkini public gold. 10 gram Gold 999 diperkenalkan untuk memberi peluang kepada peminat public gold yang mungkin ingin bermula step by step dengan modal permulaan yang rendah.

Dengan kehadiran 10gram dalam jadual, ini bermakna kita boleh memulakan langkah menceburkan diri dalam emas 999. Kenapa kita harus melabur dalam emas 999? salah satu sebabnya harga emas 999 kelihatan lebih memberi pulangan yang lumayan berbanding dengan emas 916. selain itu, ketulenan emas 999 public gold disahkan ketulenan di Ar Rahnu Agrobank. Terima kasih atas kebersamaan dalam menjayakan misi  emas 999.