Monday, August 15, 2011

Hukum Lock Harga, Tangguh dan Wang Kertas

Soalan:
Apa hukum lock harga?
Apa hukum jual beli emas bertangguh (tidak dalam satu majlis aqad – hand by hand)?
Apa hukum wang kertas? Sama hukumnya seperti emas?


Jawapan:

Dalam rukun jual-beli, terdapat 5 rukun asas iaitu:
Penjual
Pembeli
Aqad jual-beli
Barang yang dijual
Harga barang yang dijual


Istilah lock harga sebenarnya termasuk dalam rukun yang ke-3 iaitu aqad jual-beli. Hukumnya SAH kerana ia adalah salah satu elemen untuk melengkapkan urusan jual-beli.
Semasa lock harga, kita telah menentukan barang apa yang hendak dibeli dan ditetapkan berapa harga barang tersebut, ditentukan siapa pembeli dan penjualnya.

Disebabkan faktor jarak dan faktor keselamatan transaksi yang melibatkan jumlah wang yang banyak, maka Majma’ Fiqh Dauli (Majlis Fiqah Antarabangsa) yang bermesyuarat di Makkah telah menetapkan masa untuk membayar harga barang belian mestilah tidak melebihi 3 hari bagi mengelakkan unsur riba’ berlaku. Ini menjawab soalan ke-2; hukum tak diberikan emas dan duit hand by hand.
Soalan ke-3, hukum penggunaan wang kertas adalah sama dengan emas yang menjadi barang ribawi sekiranya tidak digunakan dengan kadar dan cara jual beli yang menepati syara’, berdasarkan hadis dari Abdullah bin As-Shamit :

“Emas adalah ditukar (dijual) dengan emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma, garam untuk garam, sama jenis antara keduanya dan tunai dengan tunai. Dan sekiranya berbeza antara salah satu jenis barang tersebut, maka berjual belilah seperti mana yang kamu kehendaki selagi mana ianya secara tunai.”

Semoga membantu dalam memahami hukum jual-beli emas menurut syara’.
Wallahu a’lam.

sumber :http://www.barakahemas999.com

No comments:

Post a Comment