Saturday, April 23, 2011

Cara Cara Mengurus Zakat Emas Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua..Saya doakan anda semua sihat, ceria dan gembira adanya
Baiklah kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta kaedah pengiraannya.
Untuk pengetahuan semua, emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400
2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00
Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)
Sumber : http://www.barakahemas999.com/

Persoalan Lazim Bagi Zakat Emas atau Perak

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik
2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.
4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.
5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

sumber : http://www.barakahemas999.com

Friday, April 22, 2011

Benarkah Emas Boleh Menggantikan Kad Kredit Anda?

Anda mesti rasa lain setelah anda membaca statement di atas. Boleh ke klau nak buat mcam kad kredit ni…Saya akan huraikan satu persatu bagaimana caranya dan rahsia yang terselindug di sebalik emas tersebut sehingga ia boleh menjadi pengganti kad kredit anda tanpa mempunyai susut nilai serta tiada nama akan blacklist di dalam ‘cris’ dan ‘ctos’. Sungguh menarik bukan apabila anda dapat tau ape rahsia yng ade disebalik emas tersebut.

Sebelum bercerita lagi lanjut, kelebihan ini adalah untuk pelabur emas sahaja yang mempunyai kesedaran mengenai keistimewaan emas. Bagi yang baru hendak berjinak2, anda boleh mulakan sekarang untuk mendapat keistimewaan tersebut. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat manfaat ini.
Sebagai pelabur emas, anda boleh menggunakan emas tersebut sebagai ‘ibu duit’ untuk kegunaan seharian andai kata anda terdesak ataupun hendak berbelanja lebih sambil mengmbil kira kewangan anda untuk membuat pembayaran tersebut. Oleh itu, rancanglah perbelanjaan anda untuk menjamin kewangan anda di masa akan datang tiada berlaku kemudaratan.
Kaedah yang akan di beritahu nnti adalah menggunakan Ar-Rahnu sebagai tempat anda mendapat duit untuk berbelanja atau membeli sesuatu. Caranya mudah sahaja, bagi pelabur goldbar anda hendaklah memajak emas anda di Agrobank sahaja dan ambillah pinjaman sebanyak 50%,60% atau 65% sebagai memenuhi keperluan anda. Lagi tinggi anda ambil pinjaman, maka lagi tinggi upah simpan yang akan dikenakan untuk tempoh selama 6 bulan. Bagi pemilik barang kemas anda mempunyai dua pilihan sama ada di Agrobank ataupun di Bank Rakyat untuk membuat pajakan..
Untuk tempoh pinjaman di Ar-Rahnu Agrobank ialah 6bulan+3bulan+2bulan dan selepas itu andai tidak mampu membayarnya, emas anda akan di lelong oleh pihak bank. Anda boleh juga membuat penilaian semula emas anda untuk membuat ‘overlap’ pada pinjaman anda di sebabkan kenaikan harga emas selepas 11 bulan anda memajak emas tersebut, ini dapat mengelakkan emas anda dilelong oleh pihak bank. Kami akan menceritakan anda suatu kisah dimana seorng pelabur emas telah menggunakan emas untuk membeli sesuatu barang.
Kisah 1
Si Ali hendak membeli TV LCD bersaiz 42″ yang berharga RM 3500 sahaja andai beliau membeli secara tunai.Sebagai pelabur emas, Ali telah memajak emas 999 50gm untuk membuat pembelian tersebut.Harga marhum untuk emas 999 di Agrobank ialah RM165. Jadi jumlah marhum untuk emas Ali ialah RM 8250. Ali telah membuat pinjaman sebanyak 50% daripada nilai marhum iaitu sebanyak RM4125 sahaja. Jadi,upah simpan yang telah di kenakan untuk pemajakan tersebut selama 6 bulan ialah Rm247.50 dimana RM0.50 untuk setiap RM100. Andai kata ALi mengambil secara kredit,harga tv tersebut dalah sebanyak RM 4000. Dengan tindakan beliau menggunakan emas sebagai ibu duit, beliau telah membeli secara tunai untuk TV tersebut dan membayar ansuran bulanan selama 6 bulan di Bank untuk penebusan emas semula. Setelah cukup 6 bulan, Ali sudah mendapat kembali emas tersebut dan menyimpan terus dngn baik untuk kegunaan akan datang.
Kisah 2
Si Halim telah membuat perancangan untuk membuat tambahan kabinet dapur di rumah beliau. Kos harga untuk penambahan kabinet ialah sebanyak RM 7000 sahaja. Dengan menggunakan emas 999 sebanyak 100gm, beliau telah memajak untuk membayar kos keseluruhan pengubahsuaian tersebut. Jadi halim telah mendapat pinjaman sebanyak RM 8250 beserta upah simpan sebanyak RM495. Untuk itu, Halim telah menggunakan duit tersebut dan membuat pembayaran secara ansuran sebanyak RM 700 sebulan. Setelah selepas 6 bulan,Halim tidak berjaya untuk menebus emas tersebut, lalu beliau telah memanjangkan tempoh pinjaman selama 3 bulan selepas membayar upah simpan untuk 6 bulan lepas. Selepas dari itu, Halim juga gagal untuk menebus emas tersebut dan memanjangkan tempoh untuk 2 bulan lg dengan membayar upah simpan untuk 3 bulan pula. Akhirnya,Halim berjaya menebus kembali emas tersebut dan kawasan dapur rumah beserta kabinet baru beliau kelihatan cantik.
Sebagai teladan dari kisah tersebut kita dapat menilai bahawa :
1. Emas boleh dipajak untuk mendapat wang segera melalui pinjaman Ar-Rahnu.
2. Emas boleh membuat kredit dengan sesiapa sahaja untuk pembelian atau perkhidmatan.
3. Dengan emas tersebut, nilai pinjaman kita akan bertambah tinggi jika di buat dari tahun ke tahun di sebabkan kenaikan harga tersebut.
4. Jika gagal membayar pinjaman, anda tiada ‘blacklist’.
Bagaimana perasaan anda setelah membaca kisah tersebut,menarik bukan sehingga membuat rumah tanpa membuat pinjaman persendirian. gunakan kelebihan yang anda ada untuk membuat pelaburan emas. Tepuk dada, tanyalah selera…

.Jika hdk mengetahui lebih banyak lagi ilmu tentg emas,jadi lah dealer atau pelabur di bawah rangkaian duniaemas999.blogspot.com.

sumber : http://jom-emas.blogspot.com/ & http://www.barakahemas999.com/

kredit to: http://jom-emas.blogspot.com/

Lonjakan harga emas


HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan


LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

sumber: http://kosmo.com.my

Emas Dijangka Meningkat sehingga $1600 hujung tahun ini?


1- Alhamdulillah, kenaikan harga emas dalam beberapa minggu kebelakangan ini semakin memberikan impak kepada pasaran tempatan. Akhbar2 dan media massa termasuk stesen radio juga turut membincangkan topik kenaikan harga emas yang semakin melonjak. Fenomena kenaikan ini turut di pengaruhi oleh beberapa faktor ekonomi dan bencana alam di jepun.
2- Hasil undian di laman web The Street juga menunjukkan kira2 hampir 50% pengunjung bersetuju bahawa harga emas akan mencecah sekitar $1500 – $1600 / troy ounz menjelang akhir tahun 2011.
3- Tahniah kepada yang telah mula sedar akan manfaat membeli dan menyimpan emas, tetapi masih ramai lagi lapisan masyarakat yang masih belum sedar akan hakikat dan kepentingan ini, membuatkan tugas dan peranan saya masih amat besar untuk membantu orang ramai segera keluar dari kekangan sistem ekonomi kapitalis yang semakin membebankan hidup mereka dari hari ke hari.
4- Apa yang membimbangkan, semakin ramai dari kalangan masyarakat kita yang cenderung untuk melabur di dalam Portfolio Emas, iaitu menyimpan di dalam buku simpanan akaun sebagaimana yang ditawarkan oleh bank2 tempatan ketika ini dan tidak kurang juga semakin ramai yang terjebak dengan skim2 pelaburan yang berasaskan emas.
5- Amat penting untuk kita semua fahami sebelum kita membuat apa2 jenis pelaburan, asas pertama yang kita perlu di titikberatkan ialah soal pengurusan kewangan peribadi kita. Sekiranya kita menghadapi masalah kewangan terutama yang serius, adalah tidak wajar untuk kita memulakan sebarang pelaburan kerana ianya bukanlah cara penyelesaian kepada masalah kita, sebaliknya penyelesaiannya adalah dengan menstruktur semula Rancangan Kewangan kita ( Restructure Financial Plan ).
6- Dan untuk menstruktur semula Financial Plan, kita mestilah menggunakan Wang Sebenar (Real Money) iaitu Emas Fizikal dan bukannya menggunakan Matawang (Currency) yang mana ianya hanyalah helaian2 kertas yang diletakkan nilai diatasnya dan tidak bernilai sama sekali.
7- Justeru, temuilah individu yang betul, yang mampu membimbing anda mengurus semula kewangan sebelum anda mula melabur. Pastikan anda bertemu dengan penasihat yang sebenar, dan jangan terkeliru diantara penasihat kewangan & pelaburan dan seorang salesman.
8- Perkara pertama yang saya akan tanya kepada individu yang ingin mula melabur terutamanya dengan membeli emas fizikal adalah berkenaan kedudukan kewangannya, kemudian barulah saya menjelaskan berkenaan Rancangan Pelaburan (Investment Plan).

sumber : http://www.barakahemas999.com/